Monday, June 6, 2016

#943: BERMULALAH EPISOD NAFSU MELANTAK KITA MENINGKAT



Lama tidak menulis.

Sebenarnya banyak hendak ditulis tetapi semangat itu hilang disebabkan perangai pemilik blog-blog yang menganggap diri mereka 'portal berita' mengambil kandungan bagai milik mereka sendiri.

Pengalaman adalah bernilai. Sebab itu melalui sesuatu pengalaman itu sangat berharga apatah lagi dapat dikongsi. Tetapi apabila ada yang mencuri dengan menganggap ia bukan satu kesalahan, ia mematahkan semangat penulis berkualiti seperti saya dan mempunyai berjuta peminat hampir seluruh dunia. Anggaplah ayat itu masuk bakul angkat sendiri pertama dalam bulan Ramadan tahun ini.

Baru-baru ini, saya berkongsi pengalaman dengan kira-kira 300 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Jaya di Johor Bahru. Sangat seronok.

https://www.facebook.com/BicaraMenggapaiImpian/videos/986121918167396/

(Jangan lupa like page itu. Siapa tidak like, anggaplah kita dah tiada apa-apa hubungan selepas ini. Raya nanti tak payah datang rumah).

Pelajar terdiri daripada murid tingkatan empat dan lima sekolah berkenaan.

Kami dijemput Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan untuk berkongsi mengenai karier masing-masing serta memberikan motivasi dan Alhamdulillah, banyak yang kami kongsikan.

Setiap ahli panel diberikan 20 minit untuk berkongsi kisah kami. Manalah cukup kan. Engagement antara pelajar dan ahli panel sangat baik. Kepintaran mereka juga terserlah ketika mengajukan soalan.

Insha Allah kami akan singgah ke sekolah lain lagi selepas Aidilfitri nanti, itupun jika ada jemputan. Yelah, siapalah hendak jemput kami ini yang cuma terdiri daripada peguam dengan pengalaman sudah 15 tahun, wartawan selama 22 tahun, bekas penyiasat TUDM berpuluh tahun, jurutera berbelas tahun, Naib Presiden pemasaran Hello Kitty dengan pengalaman hampir 15 tahun dan usahawan 20 tahun. Siapalah kami ini.

Untuk Ramadhan ini, saya ucapkan selamat menyambutnya dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan terutama ketika singgah di Bazar Ramadhan nanti.

Kesabaran kita pada bulan Ramadhan ini selalu teruji pada hari pertama. Semua hendak dibeli.

Nafsu mata kita mahukan semua di depan mata dibeli walhal perut kita tak mampu menanggungnya.

Tahun lalu pun begitu. Begitu juga tahun sebelumnya. Sebelum kahwin, sebelum bertunang, sebelum ada pacar. Ia bagai meraikan ulangtahun nafsu mata kita.

Nampak air tebu, beli. Nampak air katira, beli. Nampak murtabak, beli. Nampak rojak, beli. Nampak ikan bakar, Ya Allah sedapnya sambal tu.. Abang bungkus tiga. Nampak karipap, beli. Nampak ayam percik, beli. Nampak anak dara pakai seksi dengan minyak wangi 4 kilometer boleh dihidu, terus tersalah beli kuih. Nak beli kuih tepung pelita, terbeli kuih bakar.

"Saya kan kirim kuih tepung pelita tadi, kenapa abang beli kuih bakar?"

"Kuih tu dah habis, puas abang pusing tadi," kata sang suami sambil tersengih dek masih terbayang gadis seksi dengan minyak wangi sejarak 4 kilometer baunya.

Kurang pahala.

Pabila menjelang tengahari nanti, kita sudah mencongak apa yang mahu dibeli kononnya tahun ini kita mahu berjimat? Apabila tiba di bazar ramadhan, lain ceritanya. Bayangkan aroma ayam percik menyambut langkah kita. Bayangkan aroma daging burger dibakar menusuk hidung kita. Bayangkan aroma sambal dihangatkan. Setiap tahun nafsu kita tewas di bazar Ramadhan.

Dek nafsu kita juga, hari pertama Ramadhan adalah hari kita melakukan eksperimen. Kita beli juadah tanpa tahu entah sedap, entah tidak. Hari pertamalah kita akan tahu. Setiap tahun kita melakukannya. Setiap tahun kita akan tahu tawar, masin, tiada rasa, mentah, selepas waktu berbuka yang kemudiannya kita mula sedar, ruginya beli walhal semasa di bazar Ramadhan kita sendiri yang gagal kawal nafsu melantak kita.

Apabila juadah tiba di rumah, dihidangkan di atas meja. Jangan lupa untuk ambil gambar dan letakkan kapsyen, 'berbuka dalam kesederhanaan' walhal makanan mengalahkan 50 orang makan.

Selepas segelas air diteguk, perut sudah kembung. Makanan terbiar jadi sejuk. Bila dijamah sedikit, rupanya tak sedap, lantas menyesal. Tetapi dapatlah ia dijadikan alasan untuk dibuang padahal kita sendiri yang miang tak dapat menahan nafsu hendak melantak macam puasa tak pernah berbuka 10 tahun.

Hari pertama makanan banyak dibuang. Hari kedua pun serupa, hari ketiga pun sama. Sehingglah ke penghujung Ramadhan. Perbelanjaan sepanjang Ramadhan kita meningkat berbanding hari biasa sebab kita tak mampu kawal nafsu perut kita. Kalau boleh nak direnggangkan perut kita supaya semua yang dibeli boleh disumbat.

Di negara lain ada yang mati kelaparan, tak mustahil kita mati sebab melantak banyak sangat.

Begitu juga apabila kita ke bufet Ramadhan. Diceduk segala apa yang ada. Kalau tengok cara kita ambil makanan, macam kita hendak buat bekalan atau ration pergi perang.

"Dah bayar weh. Kalau tak ambik rugi. Ambik, ambik, ambik." Penuh satu meja. Bila sampai waktu berbuka, banyak membazir.

Kisah basi ini berulang-ulang. Lima tahun lalu pun cerita sama, tahun ini pun sama, tahun depan pun sama, lagi lima tahun pun sama. Tak tahulah apa bendanya dalam otak kita bila pergi bufet Ramadhan, wajib penuhkan meja sampai bucu. Kalau boleh nak tampung pakai lengan sebab pinggan lauk terlalu banyak dan gelas air junjung atas kepala sebab dah tak cukup tempat.

Yang bersikap macam itu terlalu ramai. Semasa tiba di restoran atau hotel bufet Ramadhan, semua nampak siuman. Kewarasan kita hilang apabila tiba di meja bufet. Macam orang hilang akal. Semua hendak diambilnya. Ceduklah semua. Kalau boleh keruk sekali periuk kat dapur.

Kalau di bufet itu ada tiga jenis warna air, semua kita mahu ambil. Kalau tidak, tak cukup. Rasanya pemilik premis perlu tawarkan minuman dengan tujuh warna, cantik sikit kalau diambil gambar dengan kapsyen "pelangi bufet Ramadhan, iftar with my love," disusuli "done iftar" gambar muka nafsu buas dah puas tapi control comel.

Macam pundek perangai.

Walhal sebelum waktu berbuka, sebelum melangkah keluar rumah, kita akan muatnaik di Facebook dengan pelbagai nasihat dan tazkirah. Itu semua untuk likes. Minggu depan boleh insaf, tak apa. Minggu ini, minggu pertama, kita belasah cukup cukup kasi penuh meja.

"Ramainya liked posting aku. Ada pulak yang puji," kata Ilya (bukan nama sebenar) sebelum membeli belah di bazar Ramadhan hingga banyak makanan terbuang tahun lalu dan bakal mengulanginya tahun ini.

Ya, kita ke bazar Ramadhan untuk membeli belah. Seharusnya penganjur menyediakan troli seperti di Aeon atau Giant bagi memudahkan pengunjung. Kesian mereka nanti berjingkit sampai merah jari jemari membawa plastik yang berjumlah 15 itu.

Apapun, mudahan kita dapat menahan nafsu kita ketika di bazar Ramadhan petang nanti. Macam tak sesuai kan ayat ini. Memanglah, gila kau tengok ayam percik tu pusing-pusing menggigil telinga aku tengok. Baca blog kau pun aku dah menggigil, kata Mustapha yang sebenarnya menggigil menahan gian untuk menghisap rokok.

Kepada anda semua yang masih membaca blog ini, terima kasih dan saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan bukannya Ramadhan Al Melantak. Saya akan cuba menulis lagi jika ada kesempatan dan masa.

Insha Allah.

Selamat membeli belah di bazar Ramadhan dan selamat menceduk di meja bufet!















2 comments:

Azlan Strider said...

Same script, different year...hahaha..Umum tahu sebelum bulan puasa datang, ramai yang komplen kos sara hidup meningkat..barang makanan semua mahal laa bagai..mungkin ramadhan kali ini dorang tak jinjing plastik beg merah tu smpai sakit tangan...hehehe

Regards,
-Strider-

norhidana miswan said...

salam ramadhan...

lama betul en hazrey tak menulis... sampai bersawang blog nih tau...
selalu ternnti2 akhirnya ada jgk coretan

sya dh 2 thn tak membeli kt bzr ramadhan... bila sekali dua dh terkena jd serik, lbh suka msk kt umah, tak kisahla yg simple2 pun jnji puashati...

selalunya klu teringin sgt ke bzr ramadhan tunggu blik kg kt johor, itupun ikut apa yg teringin n selalunya abis semua hidangan sbb ada ramai kt umah yg mengadap sama2

DISCLAIMER FOR THE IDIOTS.

Dear idiots and faggots, if you think you can win a fight over internet, you are at the right place. Altho, I am NOT writing to represent any of my employers, you may at any time throw your tantrum here and be willingly ready to be eaten by us. If you know the law better, leave defamation comments because I am not gonna be fucking responsible of your acts here. If you feel offended of my writings, you are a faggot. And you listen to Justin Bieber rite? Ok, you are a faggot.