Thursday, November 12, 2009

UPDATED: JOM PI MINUM, JOM YAMCHA, JOM THANI.

Pada yang udah pun baca entry ni, silalah rujuk ke blog Bystander Eye untuk lanjutan dari kisah pekerja. Mungkin ia jugak berkaitan dengan suasana dalam opis gomen. Lols lols. Lawak sungguh entry tu. Click kat sini nok nok dan dok dok sekelian.

* * * * * *

Aku tau, cerita akan menjadi rembatan sesetengah pihak seperti cerita hospital. Tapi tak salah kan cuit sikit. Macam kita cuit kekawan kita.

Macam kita cuit kekawan kita masa kecik kecik dulu selepas kita memberi salam: AssalamualaikummmmmmMmmMMMm.. tak jawabbbbb dosaaaaaaaaaa.

Beberapa hari lepas, aku menelefon seorang rakan, dan setiap kali aku call - dia akan kata, bro aku call kau balik bila aku sampai office. Aku jeling kat jam, masa ialah 10.30 pagi. Ohh, lupa, waktu Malaysia.

Dan beberapa kali aku telefon, dia pasti keluar, bukan untuk appointment tetapi untuk breakfast.

Dan (ok aku suka guna perkataan DAN banyak kali, sebabnya.. aku punya sukalah. Haha), yang paling signifikannya ialah, dia kakitangan kerajaan. Ya, sekali lagi, dia adalah kakitangan kerajaan.

Sebelum ada yang merembat, aku tahu dan dengan penuh kesedaran serta keinsafan, bahawasanya, aku bukannya mahu menidakkan hak asasi mahupun keperluan hidup seorang manusia untuk makan.

Pergi breakfast selepas waktu bekerja sudah bermula sudah menjadi tradisi, bukan?

Cuba kerja di sektor swasta dan buat macam tu setiap pagi. Pastinya taukeh taukeh company yang anda kerja, dengan mulia hati akan meng-order kotak kotak untuk anda. Dan apabila anda pulang semula ke pejabat, anda tidak lagi teringat akan manisnya anak makcik yang jual nasi lemak kat port biasa gi breakfast.

Adakah warisan pergi minum kakitangan kerajaan ini akan diperturunkan dari generasi ke generasi? Adakah ia satu norma? Terlalu common?

"Alah biasalah, masuk dulu opis, pastu keluarlah cari breakfast."

"Tapi kau kan kakitangan kerajaan dan bukan ke waktu bekerja kau adalah dari jam gini sampai jam gitu?"

"Aku tak sempat breakfast tadi pagi kat rumah."

Itu justifikasinya biarpun padahal aku tahu, sepanjang zaman dia hidup, memang dia tak pernah breakfast kat rumah pun.

Aku tak pernah kerja sebagai kakitangan kerajaan, tak pernah sekalipun. Belum pernah. Tak akan pernah.

Tapi wait, bukan semua yang macam tu yang pergi breakfast pepagi sampai lupa masih lagi bekerja dengan jabatan atau agensi terbabit. Ok tak aku memujuk. Ni kalau kena rembat jugak, tak tahulah aku. Aku tutup blog, bukak blog jual beg tangan jerlah. Ya mari, mari, lai lai, mampir mampir ibuk ibuk, bapak bapak. Ehh macam lagu Inul kan?

Hakikatnya, kalau nak tanya port mana paling best nak makan, tanyalah kakitangan kerajaan, malah mereka tahu kul berapa menu breakfast habis, lunch start dan apa yang best kat situ. Mereka ini sesungguhnya seperti duta makanan. Abislah Maria Tunku Sabri. Takleh cari makan lagilah nok.

Bila dah pergi breakfast, kekadang menjadi extended version hingga ke lunch hour.

Maka, aku pikir adakah:

8.45 pagi - masuk kerja.

9.00 pagi - cari kaki nak pi breakfast.

9.30 pagi - mencari idea untuk buat kerja.

9.45 pagi - masih lagi mencari ilham apa yang perlu dilakukan untuk hari itu.

10.00 pagi - jom, breakfast.

10.30 pagi - tiba di tempat meeting rasmi jabatan breakfast. Kenapa setengah jam? Sebab nak pergi tempat lain. Semalam kan dah pergi kat gerai mee rebus tulang. Kita try hutan bandar pulaklah.

11.00 pagi - diskusi masih lagi hangat tentang apa nak buat hujung bulan lepas dapat gaji, dan nak bawak anak bini pergi holiday kat mana tugas yang diberikan di pejabat.

12.00 pm - Perut sedikit senak sebab banyak sangat minum air. "Jom gerak".

12.30 pm - Tiba di opis.

12.50 pm - Keluar lagi sebab nak ambik anak balik sekolah. "Bas sekolah tak lalu kat rumah kami, so terpaksa ambik."

2.30 pm - Tiba semula di opis selepas selesai urusan anak.

3.30 pm - Minum petang di gerai jual pisang goreng paling best!

4.00 pm - Terserempak dengan kawan dari jabatan lain. Bincang pasal kerja sekali. Ia sekaligus dapat merungkai beberapa isu yang tertunggak. Ia termasuk fail fail lama.

4.45 pm - Balik opis.

5.00 pm - Balik rumah dengan kadar segera.

Maka, adakah perlu kita mewujudkan opis opis untuk mereka? Tak perlu kot. Apa kata kita buat mobile office untuk yang jenis ni semua? At least that will help them to be more mobilize and effective. Lols lols lols.


Cool tak? Boleh lipat lepat.

Dan bagaimana kita nak cari pegawai bertugas? Perlukah kita mencadangkan agar pegawai ini semua diberikan GPS dan boleh diakses melalui Internet supaya kita .. "Ohh.. pegawai ni kat sini, jom kita jumpa dia kat warung ni jom."

Cadangan je tau. Jangan fire tau sebab aku ada kawan yang boleh fire balik.


Dia sebenarnya adalah chief kepada semua ultraman. Jangan memain dengan aku ok. Sebagai chief, power dia tahan lama sikit sebab dia pakai petrol Ron95, murah dok! Aku yang paling kanan sekali tu. Nampak tak? Ko nih, tu pun tak nampak. Menchi tauuuu...

47 replies:

ninoZ said...

tradisi tu betul cuma hang exagerate over sangat..hehehehe

assalamualaikumm..tak jawab dosa..hehehe

me penah keje sementara masa coti semester dgn JKR *tooottt*
selain dari waktu makan tghari mmg ada morning break n tea break on top of break2 yg utama..tu blom masuk client datang lepas meeting belanja makan lagi...

cuma time balik mmg tepat waktu lah..

Anonymous said...

kat tempat aku, kedai lum bukak, depa dah tunggu depan kedai

Hazrey said...

NINOZ:
Unfortunately, I have encountered many of such cases yang saya sebutkan, and never was it an exaggeration. lols.

I am not sure, tetapi adakah dalam surat perlantikan jawatan ada disebut waktu bekerja, waktu minum dan waktu bekerja?

Anon:
Itu tanda sokongan kepada usahawan tempatan. lols.

Ida said...

Hazrey, you lupa lagi 2 aktiviti penting dorang ni:
1. Kursus
2. Mesyuarat

Hayatito said...

orang malaysia overall mmg kuat makan. bila dapat kencing manis salahkan keturunan..haha

ala..you jangan menchi2 la..(gediks!)

Sky0ne said...

heheh, w/pun aku k/tgn awam, i have to agree to this one...

tak salah nak breakfast, tp takyah la melepak sampai sejam kat kedai...ni pukul 9 baru nak muncul kat ofis, ape cer? ikut sunah nabi kunyah makanan lambat2 sebelum kenyang? blah...

aku tgk membe2 ofis ramai yg mcm tu...semua yg berumur plak tu, yg mmg susah nak diubah lagi dah...bile yg staf baru masuk, pun ikut sama terpengaruh...kalo tegur, nanti diperli kita ni ampu bos...

nak minum, cari la kedai dekat2...ni duduk putrajaya, minum kat bangi...

mmg patut la org mengata...haihhh

melur natasha said...

cume nak puji,bro u look kiut sgt dlm uniform ultra-man tu..hehehe

miEz haNeM said...

waa:)
kedai minum kegemaran hanyalah syed di kelana jaya:)
selalu lepak ngan kawan2 kat sana:)

selain tu d' kayu kat taipan:)

penyapubaru said...

aku duduk dekat dengan alamanda, cukup menyampah dgn situasi nih..dah kul 3 tak habis-habis lunch,cepat lah blah aku nak makan plak meja penuh dgn depa nih.. tu belom lagi dekat wayang lg..

p/s aku kakitangan kerajaan juga, tapi takleh keluar waktu berkerja.. *dengki*

matakero said...

betulla tu hazrey hahaha.
asyik kuar makan, dan makan dan makan.
elok pasang microchip dalam badan dorang.
senang nak kesan.

ezzati said...

keje swasta pn bole apa bekpes lps msk keje..tgk kampeni gaklaa..aku dlu boleje...skrg pn bole jgk..kuang2

LORD ZARA 札拉 said...

Ala...
Menchi2~
Tak nampak pun Hazrey yang mana~
(Tumbuk2 dinding pejabat)

Eh, aku ada pejabat ke?
Pejabat sekolah kira tak?

Hahaha~
Jadi cikgu nak makan, kena tengok jadual waktu~
Selama 3 minggu ni aku bawa bekal sajo dari rumah, kecuali ada cikgu yang buat jamuan (aku makan lagi..kih3)

uDean said...

kau ajak gi breakfast pkol 1030 bley tahan jgk ek..da kire brunch tue..

hmmm..wondering cmne keadaan time puasa ek.. takde org cite pn time pose cmne.. adakah masa mkn diganti ngn hibernasi? hoho

zeqzeq said...

minum 10.30 itu masuk bab kerja swasta, kerja gomen tak masuk Pekeliling..suke2 jer nak minum tak elok tau,,

Norazlinda A.Razak said...

hahaa..totally agree..sbb sy pun KAKI TANGAN kerajaan..hahaha..mula2masuk culture shock beruk jap..sbb sy dr private sector to gov.huhu..paling shock time balik kul 4.45 da standby beg atas meja..hahahaa...syukur aku x mcmtu..sbb da di latih balik 5.30 keatas...tu belum kira angkat tpne tye pegawai ade ke tak and dia akan jwb "dia x dtg x taw p mane"pang...letak tpne..huhuhu..bukan nak salahkan rakan2 yang berada di sektor Gov. ni..tp tu hakikat..sbb ade segelintir mmg x mcmtu...

aishah_conteng_je said...

aishah praktikal di majlis perbandaran sermban, dan sekali lagi di mardi.
makcik2 ni siap bawak kami balik rumah makan durian time ofis hour.
ingatkan nak pegi site visit.

yang pegawai2 lelaki pulak duk selalu ajak teman makan kat hotel. kontraktor belanja katanya.

apo den nak kato?

Anonymous said...

sedih sangat sebab persepsi ni x dapat diubah lagi (buat masa ni) saya kejer govt bagai nak rak balik pukul 10 mlm pagi 8 dah start meeting tapi tulah segelintir org sedap2 kutuk sesuka hati sebab segelintir kakitangan kerajaan masih amalkan dan terus amalkan amalan makan dan minum sesuka hati itu...semoga allah merahmati hidup kalian especially u the writers yg perfect hidup dan x pernah buat salah

Desert Rose said...

1. Aku pernah cari Pen Peg Daerah di cafe pej tanah sebab aku bosan tunggu dia breakfast sdngkan aku dari dinner mlm tu pun tak sempat mkn

2. Pernah menunggu 30 minit di kaunter mahkamah TINGGI (ok) sb derang pi breakfast dan yg ada kat situ sedang cabut nombor main kutu

3. Mungkin aku akn apply kerja gomen bila aku dah tua dan lutut dah kena osteoporosis , sb kerja derang aku rasa best gilerrrr makan dan meeting jer, tak merbahaya untuk lutut aku

And i am soooo want my hubs to read this ha ha ha

ouT oF My MinD said...

yahooo...aku tmasuk dlm golongan en. hazrey omelkan...tapi lagi 15 taun la kalau aku masih lagi dgn gomen nie.

tp kja aku memaksa aku utk amik bekpes ngan dinner je. sbb lunch adalah waktu aku berkonti.....so, bakpes sesungguhnya...

Hazrey said...

Aku taknak jawab korang semua tapi aku berminat nak jawab pembaca yang dengan muka bengang dan berkerut kerut meninggalkan komen tanpa nama. lols lols. Best kan blogging ni. Haha. Boleh buat orang naik darah. Kah kah kah kah.

Ok Anonymous @ 8.49pm:
First of all if you are still in the office, what the hell are you doing reading my blog? lols. Itu tak amanah tu. Itu pecah amanah tu. Amanah yang diberikan rakyat. Betul tak? Amacam? lols.

Meh aku jawab satu persatu, kasi perspektif kau terang sikit meh. Huhu. Seronok aku ni.

sedih sangat sebab persepsi ni x dapat diubah lagi (buat masa ni)
Persepsi atau hakikat? Mana satu

saya kejer govt bagai nak rak balik pukul 10 mlm pagi 8 dah start meeting tapi tulah segelintir org sedap2 kutuk sesuka hati sebab segelintir kakitangan kerajaan masih amalkan dan terus amalkan amalan makan dan minum sesuka hati itu...
tipu, bagai nak rak apa kalau kul 8.49 kau gi tengok blog yang takder kena mengena dengan kerja kau. Tapi maaflah kalau aku tak tahu sekarang dah ada pegawai blogging. lols lols lols. Bagai nak rak facebook dengan blogging? lols. Keh keh keh. Segelintir? Cuba baca betul betul cerita ni. Camner dapat kerja dulu? Rekomen? Haha. Baca dulu betul betul ehh, dah alang alang tuang tu. lols.

semoga allah merahmati hidup kalian especially u the writers yg perfect hidup dan x pernah buat salah
eleh leh leh leh leh merajuk pulak. Janganlah majuk, dosaaaaaa tau. Mak kita marah tauuuu. It should be "u the writer tau, NOT writers," salah tu tau.

Anonymous said...

hazrey, izinkan aku jwb sikit anoni 8.49pm

aku rasa tak perlulah ko nak sindir2 org lain konon perfect, tak penah buat silap. Manusia, semua ada buat silap.
Tapi obviously, kakitangan kerajaan ramai yg memberi kesan sakit ati pada pelanggan.
Yg lebih menyakitkan, walaupun mereka dibagi teguran, verbally or melalui skabar, berapa rami yg mengambil iktibar daripada teguran?

satu perkara yg sebabkan mereka tegar keras kepala adalah kerana sukar utk dikenakan tindakan buang kerja kerana salah laku merka. Jadi mereka dengan senang hati buat ISA - ikut Suka Aku. Ujung bulan gaji masuk..

aku rasa itu faktor utama kenapa kakitangan awam susah nak ambil teladan drpd teguran org, sebaliknya lbh suka menyindir korang perfect, xpanh wat salah...

Hazrey said...

Haha, dude or duddette or whoever you are, lain kali tinggalkan nama samaran will ya senang nak refer. Boleh? Ok angkat tangan sekarang. Hehe.

Tapi aku suka ISA. Hahahah.. first time aku dengar ni. kah kah kah kah.

zeqzeq said...

segelintir segelintir, makan cili pedas.

Nota: segelintir juga., Laptop, bill dan masa sendiri.Freelance..

RENDA said...

makcik saye keje Gov, everyday bc majalah kat opis, especially Rapi.

Sekarang dah jadi pakar pemakanan.
Apa org makan semua dia nak kecoh.

Tapi bdn dia adalah berbentuk tong.LOLS

Azhar Abdullah said...

weyyyyyyyyyyy...perli aku ka????
hehehe....

itu ko belum jumpa yang keluar pegi beli bekfes tapau, balik makan kat meja tempat kerja dia sebelah monitor...bila orang datang nak berurusan siap cakap...kejap dik ek, akak habiskan then basuh tangan...haha...

WAN ZUHA ISHAK said...

apesal pendapat kita pasal org keje gomen ni sama?? hahahahahahahahahaha.

memang tak semua tapi realiti depan mata memang camtu.

azieazah said...

HAZREY..(sedap nama)

hampir 90% catatan di atas saya sokong dan percaya (kecuali citer Chief Power tu saya tak berapa nak caya) hahaha...

Saya pernah bertekak dgn beberapa orang sedara saya yg keja gomen ni, tentang masa kerja yang sangat ler minima, lebih borak lebih masa free leh kuar suka hati.. tak ikhlas jer bila berurusan dgn orang awam...

banding kerja swasta yang ketat undang2, time minum kau minum time kerja mesti siapkan kerja ikut dateline...

bukan semua orang malas dan bukan semua orang sangat rajin pun..
mujur la ada setengah jabatan jer yg leh masuk internet...setengah tu takleh kan..hmmm kalu semua orang bebas guna internet... jawabnyer pakat2 dok chatting dok blogging jer laaa...

masa tu, makcik ada anak 5 pun leh nyamar jadi anak dara umur 21 tahun kat chatroom..hahahahaha!

*saya pun guna masa sendiri dan laptop sendiri..:D

AnnDee said...

Zrey..

Jom minum!! :p

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Sebab tu la bila saya suh ayah sy recommendkan kerja kerajaan ayah saya mati2 tak support.

Dia cakap 20 tahun kerja kerajaan, otak langsung tak berkembang. Kalau kerja filing, 20 tahun kerja sana... cuma tahu pasal filing je.
Out of scope kerja sket, haram kelam kabut. Tatau apa2.

Ayah cakap lagi. Balik la orang sektor swasta kerja kerajaan, mereka akan terkejut sebab datang kerja takde kerja nak buat. Terlampau banyak waktu senggang dan semua dokumen penting dianggap boleh tunggu... besok2 pun boleh buat.

Tapi suruh orang gomen kerja swasta... especially yang dh belas2 atau puluh2 tahun dengan gomen... paling lama pun 3 hari je. Pasal dah biasa malas. Urat dah sebal tiba2 dipaksa bekerja keras. Disuruh berfikir di luar kotak fikiran, disuruh buat kerja yang lebih dari scope kerja. Confirm cabut!!!!

zeqzeq said...

sistem POOL yang diamalkan membazir duit rakyat, apa kelas denda membaca paper hari2, bila buat salah, tapi tak juga sesal, gaji tinggi suruh kerja baca paper, bagi peluang orang lain nak kerja.

stengah gomen ada baca doa semasa nak memulakan kerja, tetapi masih ada segelintir yang buat kerja tak betul, kira belum sampai seru buat bai, (sekali lagi segelintir..pedas segelintir, tang baik banyak juga).Macammana nak betulkan segelintir ini??

PUTUBAMBU said...

assalammualaikum tuan khemahhh...!

tu belum jumpa lagi yg jual kain le...perfume le..itu le ini le..

segelintir je gitu.. bukan semuanya...

so..takyah le nak marah2 sangat...
ambik je segala komen negatif sebagai sesuatu yg baik..

zeqzeq said...

,,as-salmm
yang kerja gomen swasta, tak perlu laa terasa PEDAS, jika tak makan lada, lain la jika kawan sebelah kerusi buat hal kita ikut sekaki, tanpa bagi nasihat tak elok buat kerja itu, tak baik bla-bla,

'meh sini sikit duit tu, jom makan belanja, sekali jer tibai,rembat apasalahnya kan??, kalau kita tak rembat orang lain rembat'..

kraznaya said...

Eh.. aku pun gomen gak..waktu pagi memang ada breakfast tp ada pegawai yang over bila waktu breakfast jer ilang kena culik bunian pas tu dekat lunch hour jumpa balik.

Aku tak berani wat cam tuh sbb aku plan nak nak pangkat abih lar ptk aku.

Kalau yg slalu ilang tuh biasanya otai2.tak makan saman rekod dia hampeh..

tp pas aku nek pangkat nanti mungkin kau pun dah berubah gak..

lien said...

hhuh..ad setengah saya setuju..tapi bukan semua k/tangan mcm tu..kalau tak caya bole tgk my bos..masuk keje 8.30 am..balik kul 8.oo mlm..masa dia cuti pun dia leh kol pasal keje..minta remind peg. dia..memang iron women betul...keje semua siap on time..tak yah nk remind kan dia pun..:)

Hazrey said...

HAYATITO:
Ala kita menchi cikit ajek.

SKYONE:
Hahahah. Kunyah lambat lambat? Hahaha. Abis tu, kalau pakai gigi pelesu?

MELUR NATASHA:
Hahaha.. sawan babi aku camni.

MIEZ HANEM:
Cik lauyar. Ok, nanti kita lepak kat taipan ehh. Awak belanja. terima kasih.

PENYAPUBARU:
Hahahah.. bagi penyapu kat diaorang tak boleh ker?

MATAKERO:
kan kan kan.

EZZATI:
Setan.

LORD ZARA:
Cikgu jangan buat peel ehh.

UDEAN:
Diaorang balik rumah masak megi cup.

ZZ:
Alaaaaaa boleh laaaaaaaaa

NORAZLINDA A. RAZAK:
Penuh nama u nih. Nombor IC leh bagi sekali? lols. Hahaha.. memang orang gomen kalau jawab tepon kena sabar bebanyak. Kekadang tu, ingatkan telefon rumah sebab yang jawab tu ala ala mak awek kita. lols. Errr. mak awak garang tak camtu? Kalau tak, kita call awak kat rumah jek. Haha.

AISHAH:
Hahahah kenduri durian yek?

DESERT ROSE:
Hahahah cabut nombor main kutu, saper dapat first bolehlah gi Singapore 18hb ni naik flight turun di Senai. Kan kan kan kan.

OUT OF MIND:
Betul. Itu lain. Itu namanya time management. Kah kah kah kah.

RENDA:
Hahaha.. ehh boleh order gas tak dengan makcik awak?

AZHAR:
Alah kau pun sama jek kan. Lagi mau cakap. Hahahah.

WAN ZUHA:
Hahahahahhahahaahahahahha.. mari kita sambung lagi.. hahahahahah

AZIEAZAH:
Ya nama saya sesedap orangnya. Perisa strawberi tau. Lols. Awak patut percaya cerita Chief Power tu kalau tidak awak tak boleh guna ATM card lagi sebab dialah yang control pin number. lols lols lols.

Hahahaha.. ramai pun camtu. Kah kah kah. Saje test market kot, suami dah banyak ilang rambut, dah tak ensem cam dulu lagi dah.

ANNDEE:
JOMMMMMMMMM...

DIANA:
Patutlaaaaaaaaaa

ZZ:
Bak kata seorang pengomen di blog mazidul, inilah akibatnya kalau masa doa tu tak ikhlas tang "... tunjukkan daku jalan yang lurus."

PUTUBAMBU:
Susah nak cari putubambu kat JB ni. Dah tak sedap cam dulu dah. Hahaha, sebab tu lah MLM sangat sangat laris di pejabat gomen. Esok, supplier pun WAJIB kena beli. Hahahah.. kalau tak beli, taulah nasib. Hahahahaha

KRAZNAYA:
Bunian tu cun tak? Kalau kau dah naik pangkat, beritau aku tau sebab aku nak mintak projek dari kau.

LIEN:
Bagus boss awak tu. Dia contoh pekerja gomen yang baik. Tapi berapa kerat jek camtu. Cakap kat boss awak, saya bangga kat dia (read: kalau nampak quotation atau proposal dari saya, jangan tolak tau sebab ni dah puji ni.. hahah).

papaskizo said...

360 please- Merungkai Segala Masalah.Ini masalah negara nih..suruh Majidol interview diorang tgh makan breakfast + Lunch = BRUNCH..tapi cam biasa lahh blurrr kan muka..hahahhahahaha

zeqzeq said...

Kalau nak tau ada segelintir yang memenuhi kantin masa kerja di JAIS bangunan MUIS depan Masjid Negeri ..sila-sila lah berkunjung.(baik sangkanya mereka sedang cuti kot), kalau belum pukul 10.am dah berduyung turun tu apa kelas..

azhan said...

nampaknya tade lagi komen berbaur sms retard.

anyway...gomen rehat 3 kali sehari? ha ha ha.

apa lagi hidden policy keje gomen ni? boleh poligami tak?

ouT oF My MinD said...

tapi yg lawaknya...orng yg tinggalkan komen nie yg selain yg ngaku keja gomen, mesti keja swasta kan.

takpe pulak korang berblog dan jugak membaca blog en. hazrey nie...hehehehe. stay cool...

zeqzeq said...

salam out of,,

sikit2 berblog itu kira HALAL yer,, setakat 20 minit..

Hayatito said...

kita buat kerja apa pun yang penting kena cari keberkatan..jangan asik nak ngular je oi..

cukup2 la nak ngumpat2, nak ngular2 kat opis. gomen ke swasta ke, kalau nak ngular anytime pun boleh..

entry ni buat aku teringat pembantu mkmal sekolah mak aku yg dok belagak macam mak datin.gi breakfast kul 9.pastu tak balek2 buat keje.jangan tiru aksi ini okeh bebeh..=p

Hazrey said...

papaskizo:
antar cadangan ke 360 at tv3.com.my

ZZ:
Cuti. Sangka baik.

AZHAN:
Ehh boleh poligami ker? Nak apply lah.

OUT OF MIND:
Awak tersinggung ehh? Eh? Eh? Awak terasa ehh.. eh eh eh? Tulah korang, babat nanti baru tau.. kan kawan kita ni dah marah. Babat baru tau diaorang ni kan..

ZZ:
Hahah..

Hayatito:
Haha, betullah. Itu nasihat untuk aku gak tu. Hahah. Tapi aku tak suka ngular lah. Sebab takder objektif.

Pembantu makmal tu mesti dah pencen kan? Apa kata kita tulis surat jangan bagi dia ambik pencen?

Admin www.morhabshi.com said...

sambil minum, sambil kutuk-kutuk kerajaan.. he he

zeqzeq said...

fussh sampai dua sekali gus..

Anonymous said...

ni mmg slh satu isu di sektor gov. B4 ni aku kerja private n da menjadi kebiasaan aku, start keje on time, blik overtime.. tp bila aku mula masuk gov, satu perubahan besar yg berlaku.. smpai satu tahap aku stress... n alhamdulillah skrg aku da mula dpt task event x byk, at least ader.. dan salah satu keje aku, adalah jumper staff yg berkaitan ngan aduan dorg.. tp yg menjadi masalah aku adalah, aku kol dorg dr kul 8-9xberjawab, kul 12-1 mmg confirm xder org jwb, kul 2-3 lg berconfirm xder saper nk jawab...Alasan meeting,kursus n etc... xtau la aku smada reason tue benar2 atau ..... Cume aper yg aku harap, benda ni akan berubah.. hopefully - nor -

chik star said...

oh ni perkara biasa,
kalo call pukol 9-10 pg.
mesti xdapat nk cakap,

kalau kol 3-4 pon same.
mmg dah taw dh time2 dorg ...

kdg2 ckp dalam hati,
bestnye kalau dapat keje gomen.
rehat sokmo.
:P

Al-Qolamun said...

Haaa..itu sudah semestinya berlaku. Tapi alhamdulillah, MOT tak macam tu. Alamat klu camtu, kapal kami tak dapat lesen utk jalan on-time. Thumbs up to M.O.T (tapi yang lain prestasinya sama je. Tetap mengesot)

DADDY SAYS THE DARNDEST THINGS - HERE.

This is JUST a blog and MY blog and please don't be too obsessed about it. That fact means nothing and remains that way as long as I am here. It is not a peer-reviewed journal, a final archive of my writing, a sponsored publication, or the product of gatekeeping and editing. It does not represent anyone, my past, present and future employer(s), supplier, debt collector, ah long, kuda haram, scratch and win, credit card companies, friends, and foes and my neighbour. And oh, if you feel offended or disturbed by this blog, please press Alt F4 button NOW.