Kekadang dalaM hidUp kita ni, kita ada berkecil hati dan tersinggung akan kata kata orang.
Tujuan kita hidup ni kekadang perlu memaafkan orang lain walaupun hakikatnya lebih pahit dari apa yang kita nampak.
Yelah, berat mata memandang, berat lagi bahu meMikUl.
Dalam menongkah arus kehidupan, kita perlu tabah. Kekadang cercaan ManUsia lain terhadap kita bagaikan cermin kepada kita. Bagai satu panduan buat kita.
Kita tidak melenting. Tak perlu pun melenting. Kita perlu lihat kenapa orang mencerca kita walaupun seperti yang aku kata tadi, ia lebih pahit dari apa yang kita nampak.
Kekadang langit yang BIRU tak bererti akan panas sehingga ke petang. Cherah tak bererti mendung tak berkunjung.
Walaupun kata kata orang itu mampu menukar kedinginan warna biru menjadi merah, ingatlah, kekadang merah itu tanda keberanian. Maka, kita eksploitasikan kemerahan itu untuk menjadi lebih berani dan kita gunakan untuk hari muka.
Seperti permulaan pertemuan pada entry ini, hari ini 9hb November 2009 dan kekadang untuk kita matang, kita jangan pandang belakang. Aku selalu kata pada kekawan aku, jangan kita mengejar bayang bayang. Biarkan bayang bayang mengejar kita.
Maka, kita perlu bersiap untuk hari yang mendatang. Yang terdekat adalah 10hb November 2009.
Dan apabila kita hendak melangkah ke hari itu, adakah kita sudah bersiap sedia? Perlukan kita terus menerus bercerita tentang 9hb November 2009 padahal kita perlu mempersiapkan diri untuk hari berikutnya?
Itulah pesanan aku kepada Ninoz, Azhar Abdullah, Fathil dan Obefiend.
Hakikatnya, mereka menggunakan bomoh. Dan aku ada bukti terdapat kemenyan di belakang pintu gol Chelsea.
Aku tak mahu meragut kegembiraan sementara mereka itu semua. Dan aku, sebagaimana berjuta lagi kawan kawan aku, pasrah dan menerima hakikat ini.
Tetapi aku tetap MaU postkan video ini, sebab sebagai manusia, pahala untuk kita saling ingat mengingati.
Dan untuk sesaper sahaja yang nak komen tu, tak perlu lagi menghanjingkan lagi keadaan yang sesungguhnya sudah memang macam tahi hanjing ni. Main macam budak darjah enam. Bengong tul lah. Sia sia aku berjaga. Sungguh sia sia.
Pun begitu, seperti filem filem dari Hollywood, ini sebenarnya strategi kami, bak kata pepatah:
HERO KALAH DULU.

21 replies:
hek elehhhh
tabah kononnnn..tak perlu bercerita kononnn..guna bomoh kononnnn
tp siap terpaksa buat posting utk menyejukkan hati sendiri..hehehehe
chelsea pun penah kalah dgn man u gak apa..kira adil la tu
errr..langit BIRU tu lagi best fren hang mawi kann?
puitis sungguh!
dah agak dah.
manusia jadik
ManUsia...
gyahhahaha~
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching up up up!
Just like the busby days and days gone by,
We’ll keep the red flags flying high,
Your gonna see us all from far and wide,
Your gonna hear the Mans that sing with pride.
United, Man united,
We’re the boys in red and we're on our way to Wemberly!
p/s: Dulu sokong MU kerana Beckham. Beckham berhijrah tp aku tetap dgn MU. Lepas tu ada Ronaldo, Ronaldo berhijrah aku tetap dengan MU. Bila org tanya, FC mana? Aku cakap MU. Orang ketawa, org kata "mana ade org sokong MU lagi, MU dah takde player bagus." Tapi aku tetap kata.... "Takpe... aku tetap bersama MU. Dulu, Kini dan Selamanya." Aik mcm kenal je moto ni. ekekekke
CHELSEA CHELSEA ..
CHELSEA CHELSEAAA....
sekali baca entri ni ada ala-ala skrip BersamaMU lah...
ManUsia ibarat roda...kekadang kat atas...kekadang kat bawah...kecuali tayar pancit memang sure kat bawah...:p
ya betul. hero kalah dulu.
Glory Glory MU..
patut la saya pelik tengok entri ni nape huruf M dan U tetiba jadi besar pulak...hehe..sabar je la...adat permainan...ada menang ada kalah.. :)
haha.starting tgk urup m dgn u lain mcm sket jek, da dpt agak dah..
xterubat lg kne 3kali turut2 ngn reds, nie kne ngn biru plak..hahahahahaha~
tak kisah
sama-sama maaf telan jerr
takpe..gua pun tak tgok match ni...tak regret pun man utd kalah....
haha....lama lg weh nak abes...
keh..keh..
Aku rasa aku terpaksa santau pasukan kegemaran Encik Azhan agar kalah malam ini agar biar sama2 menderita~
Huhuhuhu~
...dan guru lelaki yang pendiam di sekolah yang duduk di depan aku, datang ke sekolah dan terus berdiri depan aku~ aku fikir nak buat pengakuan suka aku ke apa, tapi rupa-rupanya sepatah kata terlontar dari mulut dia...
TAKZIAH!
Cilaka~
Dem!
Salam kenal HAZREY...
wakakakaka... akhirnya ManU kecundang... hehehehe.. sori saja nak gelak petang-petang nih...
Kasi la can orang NS yang sokong Chelsea jugak beraya sakan.. isk isk isk...
P/S: Hazrey, sila baca artikel ni di Kosmo Online.. menarik ni! http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1109&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm
salam:)
nie pertama kali aku jenguk sini:)
sorry tak mintak izin..
actually nama blog kita sama:) hahah:) kebetulan..:)
aku dapat link nie dari sorang blogger..
dia tanya aku 'CIK GULA2 NIE ADE KENE MENGENA KE DGN BAPAK GULA2??">>>
guess wat?? aku terkedu sebab aku tak sangka ade kembar blogger kat sini!! HUHU:) gUd..
AND uR blOg..Or WrtItInG is supErB bEB!
baru aku baca beberapa liine, aku da dapat agak....
sure sebab MU kalah lg...
kalo tak, takda nya ko nak bebahsa bebunga2
NINOZ:
Hero kalah dulu.
OBEFIEND:
Laugh as much as you want.
HELLIOZ:
Hahahah.. ManUsia.
DIANA:
Yeah !!!!! ManU...!!
CIK PUTRI:
Nama apa tu?
AZHAR:
Awak siapa?
DEWAJIWA:
Ya, tapi mereka berjiwa besar. Takper, kita tunggu 21 Nov ini ya. Kita bagi peluang sebab Chelsea selalu sangat kalah dengan ManU.
AZRUL:
Hahahah..
UDEAN:
tu la pasallllllllll
ZZ:
hahaha..
PUTUBAMBU:
Setan!
ZARA:
Nak racun tikus tak?
AZIEAZAH:
Bak sini alamat awak. Setan ehh petang petang ni..
IDA:
Pakai bomoh.
MIEZ HANEM:
Hahaha.. dah ada scandal kat sini pulak. lols lols lols. Let me link you in honour of your existence. Wait, our existence. lols lols.
AZMAN:
Hahahah.. sedih tau.. walau pahit kutelan jua.
ni sedara hero kalah dulu = Last Action Hero [translation: Hero Eksen Habis]
:D
aku nak sebotol please~
cukuplah~
hehehe~
dan juga mahu di link kat blog ini boleh?
(eh, tetiba je, sebab jeles cik gula2 dapat) kih3~
HAZREY.. I dah link yours..
this mine >> azieazah-aa.blogspot.com
Post a Comment