Monday, December 7, 2009

KENAPA BEST KALAU AMBIK GAMBAR DI SINGAPORE.

I have been a tour guide to couple of friends lately amidst my bloody busy work schedule. Pi Singapore for shopping and jejalan.

Singapore is having a huge gigantic discount for Xmas celebration. Murah seladang beb! Charles & Keith, Coach, Tods, Gucci are all giving out discounts! Ok, if you prefer all year round discounts, Bandung or Petaling Street can be a good option too! Yeah, and tell everyone you bought it from a boutique.

By the way, the price di Charles & Keith di Singa-pura pura lebih murah dari yang ada di KL. Wadehek?

Decorations are everywhere. Lights, snowflakes.. semua ada. So cool!

Such a picturesque spot Singapore is. Pi Orchard Road, you will be amazed with the decorations and discounts too.

You will be so tempted with the price tags. After conversion pun, masih murah berbanding di Malaysia.

Ok,  aku masih lagi busy dengan kerja ni, so here it is some of the pictures that I took for you guys here.




Banyak lagi gambar untuk aku post kat sini, tapi nantilah yek. Sibuk ni. Banyak benda lain yang mendatangkan hasil, aku tengah buat ni. Haha.


Wednesday, December 2, 2009

DULU, MADU TIGA, TIGA ABDUL AND TWIST SERTA BULUH INN.

The heading is irrelevant. Definitely irrelevant.

Later, I am travelling to Singapore again with some of Media Prima bosses. Ya, ia peluang meningkatkan keupayaan aku untuk mengampu bos bos. lols lols.

Tapi pagi ni, aku tertengok Tiga Abdul di saluran kena bayar.

Bila tengok part P Ramlee jamming dalam kedai, teringat zaman jamming dulu.

Iron Maiden, Sepultura, Search, Lefthanded, Bloodshed dan Whitney Houston (ehh sori, Whitney Houston tak ada) antara pengaruh bagi kumpulan kami. Ya, aku ada band. Gila tak? Hazrey pernah band? Yelah, korang ingat aku ni kerja sarkas ker?

Tapi kami tak pakai the-so-called friendship band yang pakai benang kait tu. Haha, bagi yang dah tua macam aku, mesti ingat akan knitted friendship wrist band.

Dulu yek, ala ala trendy kiranya kalau pakai friendship band tu.

Dan aku, dulu ada secret admirer. Tak tahu apsal aku ada secret admirer. Hahah. Mungkin sebab aku comel masa sekolah dulu.Sekarang comot dah.


Dan secret admirer inilah yang eja nama aku hazrey walaupun aku marah kat dia sebab ejaan nama aku sepatutnya Dan Humphrey. Ko jangan cemburu ya. Aku terpaksa gunakan nama Hazrey di Malaysia ni sebagai camouflage.

Haaa, masa aku dapat kertas kecik dari secret admirer ni, aku tak ingat apa dia tulis tetapi aku ingat di nota kaki kertas tu, cuma tulis initial S.A. Dulu aku ni manalah tahu pasal secret mikret ni. Aku pun dok pening, muntah mengidam dok pikir apa kejadahnya S.A ni. Salmah Adam ker? Yang aku takut ialah S.A tu stands for Sulaiman. Tak redho i nok. Aku tak rela dinodai sebegitu rupa. Ohhhhh....

Berbalik pada cerita band ni. Kumpulan gitar rancak = kugiran kami terdiri dari pelajar pelajar sekolah aku.  Bermula dari tingkatan satu aku dah minat gila untuk menjadi ahli kumpulan rock. Tapi masalahnya aku selalu kena marah sebab muka aku tak ganas.

Tapi takper, aku tetap buat jugak. Pertama kali kami jamming, yang main gitar bunyinya pergi Melaka, drum pergi Bintulu, bassist pergi Bukit Kayu Hitam dan penyanyi pergi Timor Leste.

Tetapi kami tidak ketawa. It is not funny ok. Stop it, stop it! Semua lagu yang kami main pertama kali jamming tu, semua ala ala jalan kat Malaysia. Tak siap.Haha. Lagu Search - Pintu Sepi contohnya jadik lagu opera cina. Tak tahu kenapa.

Setelah bertahun, kami jadik terer. Dapat pemain gitar yang boleh diharap dan petikan gitarnya dah tak bunyi macam cengkerik dah.

Kami pernah dijemput untuk opening act untuk kumpulan besar seperti Search, Lefthanded malah Bon Jovi. Berpusu pusu jemputan dihantar kepada kami. Ok aku tipu. Korang takleh eik, aku tipu sikit, berangan sikit.

Jemputan yang kami dapat hanyalah majlis orang kahwin.

Majlis orang kahwin dulu gemor betul kat band band ni. Dulu mana ada karaoke. Mahal, cekik darah. Budaya setan. Band tak. Band suci. Lagilah kalau kami yang turun. Lagilah nampak suci.

Kami pulak bebudak sekolah, idaklah ada yang rambut ala ala buat ekstensyen gitu. Kemas gitu. Ala ala kumpulan Gersang lah. Tapi percayalah, kami lebih menggersangkan. Dululahhh.. sekarang kami yang sering gersang. Tak tahu kenapa. Mungkin hormon kami.

Antara lagu di majlis majlis seperti ini ialah Masih Aku Terasa, Hotel California, Black Magic Woman, Cintamu Mekar Di Hati (May), Biarlah Berlalu, Kamelia (Sweet Charity) dan banyak lagi.

Yang paling best ialah kalau aku ingat betul betul, kalau kat kampung, mesti ada majlis pada sebelah malam.

Tapi..

Pernah satu kali tu, kami siap diberikan layanan superstar kat kampung, yelah tu jek yang kami mampu dapat. Tapi takderlah bodyguard ala ala Secret Service nak halau reporter. Ya tak ya, kenapa dulu tak kenal Michelle eik. Mesti dia jatuh cinta kat aku. Ehh taknaklah. Lisa Surahani pun ok kan. Alah, time tu mesti dia pakai pampers lagi. Boleh dicium cium lagi tak kena tangkap. Sekarang cuba cium, kalau tak kena tangkap, kena pelempang. Ohh Lisaaaaa..

Layanan yang diberikan tu ialah sebuah rumah untuk kami berehat ala ala holding room lah sebelum kami meneruskan our show pada sebelah malam. Ala ala kumpulan yang popular gila lah masa tu. Haha. Aku tahu, korang masih ingat aku dulu kerja sarkas. Stop it ok. If you don't stop, lets break up. lols lols.

Bila lepas maghrib tu, selesai solat, ok kami kumpulan rock suci, maka kewajipan jangan lupa. "walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembayang apa gunanyaaaaa..." kami keluar menjenguk ke arah rumah pengantin.

Jeng jeng jeng - tinggal khemah jek. Ohh my gucciiii!!!! Apa sudah jadik?

"Ehh kenapa diaorang kemas khemah? Dah tak ada kerusi meja lagi dah"

Semua meluru ke arah tingkap. Semua tercengang ala ala cover album kami untuk melawan cover album tepi batu bata, tepi pokok hutan, tengok langit.

Rupa-rupanya, malam itu adalah malam ronggeng! Sudah! Pengsan, kitaorang mana tahu lagu lagu untuk meronggeng. Kami pun tidak didedahkan secara ilmiah akan lagu lagu disco-dut. Inul pun masa tu tak wujud lagi. Takkan nak main lagu Herman Tino? Lagu M Daud Kilau? Lagu Iwan?

Selepas puas airliur ditelan, kami akhirnya turun ke medan! Ceh ceh, medan.

Pakcik: Malam ni main jek apa apa lagu, orang kampung nak joget.

Kami: Pakcik, ini tak ada dalam kontrak kami. Kami hanya akan main lagu lagu yang janjikan sahaja. Kalau pakcik tak puas hati, jumpa kami di court. Kami tak takut pun kalau pakcik beritahu mat teropong. Ok tipu lagi. Kami tak cakap macam tu. Kami hanya mampu menelan air liur. Yelah bebudak sekolah kan. Dulu bebudak sekolah takut kat orang tua. Lagi pulak kampung yang kami pergi tu kalau kena rembat, konpem tak balik. Masa tulah ingat dosa kat ayah ngan mak.

Kami belasah jugak apa lagu yang kami tahu. Dan paling best ialah lagu Guns N Roses pun depa bantai ronggeng. Haha. Lagi pintu sepi pun diaorang bantai joget ala ala ronggeng. Tua muda kecik besor. Semasa kami main tu, kami sempat berbisik untuk jumpa dengan mat teropong nak complaint. Sorry, mat teropong masa tu belum kerja kerani lagi.

Jam dah hampir kul 12 tengah malam. Ni kalau tak berhenti ni, mahu tidur kat kampung tu. Walaupun, gadis gadis di kampung tu ada yang ala ala syok kat kami, tetapi hati kami tetap mahu pulang. Nak nangis beb. Ala mat rock pun nangis apa. Tapi kami berjaya menahan pilu di hati. Hahahah.. macam haram.

Taktik kami ialah, untuk memaksa tuan rumah suruh stop ialah kami main lagu heavy metal seperti Loudness dan Iron Maiden. Pastu buat extended version, up sound amplifier kami supaya dengar kuat gila.

Pakcik: Dik, dik. Dahlah dahlah. Dah malam ni. Dahlah ya.

Kami respons dengan muka tapai basi jek kononnya tak puashati lah. Akhirnya berjaya kami tapau.

Tetapi, setiap kali pergi majlis seperti itu, mesti aku dapat kertas kecik. Hahaha..Apa ada dalam kertas kecik tu? Hahahah.. gelak gelak. Hahahah. Adalah gadis tulis "kita suka kat awak." Hahahahah.. Hahahahah.. Hahaha.. Masa tu, rasa macam aku ni anak yang kurang perhatian dan susu badan. Hahahah..

Rindu aku jamming dengan Hazlies (kini tokeh bengkel), Hazmaar (full time musician di kolumpo), Ajib dan ramai lagi.

Nantilah, aku nak call depa ajak jamming walaupun cerita nak jamming ni dah berpuluh tahun bini aku dengar tapi tak jadik jadik jugak.

Tuesday, December 1, 2009

UPDATED: Tragedi buah limau.




Ramai tertanya tanya pasal buah limau ni. Tak banyak clue kecuali tajuk tragedi buah limau diletakkan di sini.

Ia sebenarnya limau yang aku perolehi semasa menaiki salah satu aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan minggu lalu.

Kapal KM Manjung membawa kami untuk membuat liputan program 360 di sekitar perairan Laut Cina Selatan berhampiran Kota Tinggi, Johor dan limau ini adalah untuk menghilangkan mabuk laut.

Aku berjaya membedal sebanyak dua biji limau sebelum berselera makan atas kapal APMM sambil dibuai ombak yang boleh tahan ganasnya.

KM Manjung diketuai pegawai memerintah kapal Leftenan Maritim Mahmad Faizal Ahmad bersama 28 krewnya dan ini bukan kali pertama aku menaiki kapal itu.

Maka, selepas satu tragedi aku mabuk awal tahun ini dan terdampar ala ala percutian kapal mewah tanpa wanita blonde berbikini di sisi, Left Faizal macam dah tahu dan standby buah limau bebanyak. Haha.

Banyak gambar di atas kapal tu dengan pelbagai posing termasuk rambut berterbangan, kaki terangkat, side angle, tapi macam malas nak letak kat sini. Takut ada orang mengigau pulak malam ni nanti. Maka, toksahlah.

Macam mana pun, trip kali ni aku tak mabuk tapi produser aku Ajib yang mabuk. Hahaha. Kerek sikit.

Dan oleh kerana aku tak mabuk aku berjaya mengumpul kulit udang dalam pinggan tanpa perlu control cun, macho atau vogue. Rezeki beb. Sorrylah, takder gambo sebab malas. Dah, sekarang pergi sambung buat kerja.


Sunday, November 29, 2009

SESI MENGUMPAT.

Aku di Muar semalam. Seluruh hari. Satu hari. Sungguh penat.

Ke sana untuk buat liputan satu majlis perkahwinan kawan aku, penyampai berita TV9, Syed Khair aka Arab di Taman Sri Perdana. Memang happening gila majlis ni. Nanti korang tengoklah kat tv.

Lama dah aku tak jumpa dia. Tup tup kahwin.Sungguh ensem dengan pakaian Arabian dia.

Bini dia - mak datuk terletak hidung! Haha. Tapi hot sungguh dan memang padan dua dua.
 


Dengan sekali lafaz jek, orang tua ni.. haha, ok, kawan aku ni menjadi laki orang. Wait. Lafaz dan akad dilakukan dalam bahasa Arab.

Lepas abis, aku sempat jumpa dengan keretapi tanah melayu - Zara, penulis Dunia Sebelah Zara. Mulut dia, pok pek pok pek. Hahah. Tapi baik orangnya. Betul, kalau mak aku tahu ni, mesti dia pilih buat menantu. Haha.



Kami dipaksa pergi ke Mcdonalds Wetex kat Muar yang sangat sangat jam. Dan tanpa kerelaan, kami pergi jugak sebab depa dah tunggu hampir 2 jam. Sorry Zara.

Zara datang bersama Izzati yang agak hot dan Olin. Aku, of course datang dengan mak gegula yang lebih hot. Ok aku minum nescafe ais sebab duduk sebelah mak gegula.

Dan pastinya aku akan ingat Olin sebab dia masih tak tukar nombor plat keretanya yang patah.

Dan yang paling klasik ialah LUPA NAK BUKAK LAMPU bawak keta memalam. Hahahahaha... hahahah.. dan aku terpaksa call beritahu:

Aku: "Zara, nanti beritahu kat Olin, kalau pi repair plat tu, repair sekali lampu kereta tu."

Zara: A'ah keta dia ni lampu brek rosak. (wadehek?.. hahaha)

Aku: Bukanlah. Kenapa bawak keta tak bukak lampu?

Zara: Oii oiii kau tak bukak lampu ke? Hahahah.. (background bunyi gelak mengalahkan jantan).

It was a short lepak-ing tetapi tak rasa macam kami baru kenal, bertentang mata.

Seriously, kenapa entry ni banyak ayat skema? Sebab aku jumpa tiga gadis skema. Hahah. color color!

Saturday, November 28, 2009

JANGAN PERGI RESTORAN TU, TOKEH DIA BELA HANTU RAYA. TAPI WHICH RAYA?

Dialog:

1. "Kau toksah pergi makan kat restoran tu, tokeh dia ada bela hantu raya, sebab tu ramai kastemer"

2. "Dia masak pakai pad perempuan terpakai yang dimasukkan dalam sambal."

3. "Ada ustaz nama si polan bin si polan pernah pergi kat restoran tu, sampai kat depan restoran dia taknak masuk sebab dia kata nampak lembaga berdiri terkangkang atas restoran."

4. "Dia kencing dalam periuk."

Ok. Sadis tak bunyinya? Tapi itulah kita orang Melayu. Sentiasa taksub dengan perkara perkara ghaib. Kita suka akan benda benda yang kita dengar yang libatkan unsur unsur mistik. Sebenarnya orang Melayu ni memang power kalau part ni semua. Kalau depa tulis buku Bercakap Dengan Jin, sure Tamar Jalis tutup kedai.

Pantang kalau ada restoran atau warung orang Melayu happening sikit, mulalah desas desus cakap tokeh ada bela jin lah, bela hantu raya lah, bela toyol lah. Semua ada.

Ohh, lupa nak insert. Tamar Jalis ada blog sendiri ok. Happening tak?

Kenapa kita perlu ada versi sedemikian? Kenapa kita nak hasad dengki pada restoran yang maju?

Kenapa kita tak buat onar yang sama pada KFC atau McDonalds?

Kenapa kita tak cakap "eh semalam aku nampak lembaga berdiri terkangkang atas bumbung drive in McDonalds."

Pastinya jawapan kita tidak akan berkait dengan McDonalds tetapi kita akan cakap: "mesti tempat tu berhantu, dulu mesti ada kubur jepun." Apa salah orang Jepun mati kat situ?

Kalau orang Jepun tahu, mesti dia mem-bagero-kan kita sebab tak pasal pasal diaorang terlibat dalam cerita kita.

Padahal kita pun bukan pakar sejarah untuk tahu sama ada tempat tu memang ada kubur jepun atau tidak. Kalau dinafikan ada kubur jepun kat situ, kita akan beralih kepada jawapan: mesti ada orang buang hantu kat situ.

Mungkin ini boleh diterima sebab mungkin pemiliknya tak mahu hantu mati kebuluran dan sekurang sekurangnya, dapatlah hantu makan Big Mac medium set, cili lebih please. Kalau RM20 dapatlah makanan percuma extra. Kalau tak kena timing, dapat french fries, makanlah fries tu sampai terbelahak muntah darah. Tapi jangan lupa tampal sticker VIP tu ok. Sticker boleh didapati secara percuma dari semua restoran McDonalds. Takyah bawak bertih atau pulut kuning.

Mungkin sebab ia McDonalds dan bukan Restoran Mak Jah atau Tok Mek nasi lemak maka alibi mereka lebih kuat untuk tidak dionarkan menggunakan khidmat hantu raya atau memasukkan pad wanita dalam kuali untuk sediakan daging burger.

Err.. cerita pasal McDonalds ni, lama gak tak jumpa Chocolate Shake and Strawberry shake. Boleh hilang biji mata kalau sekali sedut shake ni. Pastu tangkap kat otak. Pastu jadi biol jap.

Tapi perlu ker tokeh tokeh tu semua gunakan khidmat makhluk halus seperti itu untuk melariskan bisnes?

Agaknya kan, dulu Petronas pun pakai hantu raya yek. Letak hantu raya kat semua stesen minyak dia, dengan nominal fee. Mungkin kiosk yang bungkus tu semua taknak bayar that nominal fee bagi memacakkan hantu raya duduk terkangkang atas bumbung. lols lols lols.

Untuk penerokaan minyak pulak, depa pakai toyol. Ehh toyol pandai berenang ker?

Mungkin selepas ini David Teo boleh bilang sama Pierre Andre pi buat Jangan Pandang Periuk, Jangan Pandang Pinggan atau Jangan Pandang Anak Dara Tokeh.

Aku dah 'bilang' dah. Itu owang Singa-purapura cakap menggantikan perkataan 'beritahu, cakap'.

Err.. tapi best kan.. pelakon jadik hantu mesti cun kan. Ahaks. Teruja ai. Tapi ai tak suka citer hantu hantu ni, ai tak percayalah antu antu (read: takut sebenarnya sebab sering teringat kalau tengok graphical image of hantu mantu). Ok, korang jangan ngada ngada nak ketawakan aku, hakikatnya aku bukan takut, aku segannnnnnnnnnnn. Maklumlah macam dalam citer hantu kat Malaysia ni, hantu semua comel comel, takut jatuh hati nanti nok.

Dan untuk blog ini, jangan pulak korang fitnah kata aku bela hantu ok. Kalau korang cakap macam tu, korang sebenarnya hantu. Wuhhhhhhh.. takutttttttlah awakkkkkk.. kita nanak main mashak mashak dengan awak lagiiiiiiiiiiiii... Assalamualaikummmmm.. tak jawab dosa.

Friday, November 27, 2009

KENAPA AKU MEMBLOG.

Dah ada ker perkataan memblog? Tak ada? Ia sepatutnya menulis blog. Bukan memblog. Tapi aku tetap nak pakai perkataan memblog. Sebab aku suka. Sebab aku punya sense of belonging sungguh tinggi, maka haha, ini blog aku, aku punya pasallah. Haha.

Ok. Let me explain.

I am a journalist. I too, an entrepreneur. Small time. Tapi aku bukan golongan yang tak bayar pinjaman tekun sebab aku seorang yang tekun bekerja maka setakat ini, keperluan untuk menekun tekun tiada ketekunan.

Bila aku bekerja, aku akan menge-sure kan segala apa yang aku tulis mengikut tatasusila dan vocab yang betul sebab somehow, ok, obviously, I am earning something kan. So, kenalah buat betul betul, betul tak?

Di sini, aku tulis ikut suka hati aku. Ikut apa yang aku nak. Tak suka, tak apa. Boleh potong punya. Kalau belum potong, susah nanti.

Dan kekadang aku akan terbaca sesetengah komen yang berharap untuk aku lebih rigid, lebih tertib dan bersungguh sungguh seperti aku menulis karangan bertajuk "Apakah yang saya lakukan pada cuti sekolah."

Kalau kita beli sok kabor Metro, kita bayar RM1.50 (betul ehh reganya tu?), kita akan akan kecewa kalau ada grammar atau typo error. Sebab we want that money of ours to be worth it.

Kat sini, semua free. Dapat ketawa free, dapat baca cerita free, and I am doing it on my own bloody time. And I am not being paid to make you laugh ok. Hahah. Ok ketawa sekarang sebab I sound so serious kan. lols lols.

Tapi aku suka. Sebab bila ada komen yang bunyinya macam "ehh salah ni, ehh salah tu, ehh ituk inik.." aku rasa mesti mereka mahukan aku beri perhatian pada mereka, yelah aku kan jambu. Hahah. Jambu? Hahahah.. Ok tak. Mereka seperti mahukan blog ni ditulis macam dalam buku. Macam dalam novel. Macam dalam cerpen. Macam dalam National Geographic. Macam dalam buku pelajor yang diperiksa setiap malam di rumah. Silap haribulan, blog aku pun diprint pastu tanda kan mana yang salah. Hahah. Konpem aku kurang markah. Haha.

This is the place I want to let my hair down a bit. Kalau tak suka, duduk kat tingkap dan pi tengok rumput kat luar tu. Pastu pikir - siapalah nak tebas lalang ni semua.

Yelah, as a journalist, kekadang rasa macam nak nulis perkataan yang kita slang-kan setiap ari, tapi ia mengundang penghujung nyawa. Haha.

Kalau nak baca, bacalah. Kat sini takder flow, takder undang undang grammar, tak ada 5W and 1H, takder peraturan sebut salah atau tidak. Ini bukan sok kabor. Ini bukan tempat yang ada cikgu untuk menge-check apa yang salah, apa yang tidak.

And with that in mind, sememangnya aku tidak berhasrat atau bercita cita langsung untuk menjaga tatabahasa, tutu, titi atau apa jua yang diperlukan oleh saudari atau saudara yang skema dan melonjak lonjak untuk spot mistakes kat blog ni.

Toksah tau. Buang karen jek. Simpan karen tu sikit untuk masa depan. Manalah tau blackout, leh nulis untuk Namewee's next song. lols lols.

Yang ada kat sini ialah bapak gula gula yang tidak mempunyai anak bernama gula gula. Itupun dah ada orang punya. Kalau minat, masuklah mintak. Ok tak tak.

Dan kat sini, janganlah tension tension tau. Kalau nampak perkataan yang salah atau tak ada flow tu, pretend benda tu takder kat situ. Caranya senang. Bila scan the sentence, word by word tu, sampai kat perkataan yang salah, cepat cepat tutup muka guna kedua belah tangan. Jangan tipu tau, jari kena katup rapat rapat. Kalau awak tipu.. dosaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tauuu. Tuhan marah tau kalau kita tipu. Assalamualaikum, tak jawab dosaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Bila membaca di blog ni, janganlah mengharap sangat akan susunan ayat yang best best atau ejaan serta perkataan yang ala ala nak tulis surat mintak kerja.

Alah, kenapa monyok pulak muka tu. Kita cakap jerlah. Kita tak marah awak tauuuuu. Kalau awak monyok, kita nanak kawan ngan awak. Mak kita marah tau orang majuk. ehh kita nak balik ahh, mak kita kata kita kena tukar pampers.

Siriusly, here, I just wanna let my hair down walaupun rambut aku belum buat extensyen lagi. Haaaa.. saper nak cakap aku salah eja. Lols lols.

Wednesday, November 25, 2009

HELO, BOLEH SAYA BERCAKAP DENGAN..

Pengalaman ini aku pasti semua orang lalui.

Bohong kalau kata tak pernah. Mesti pernah.

Ini bukan kisah pasal beli telefon baru, walaupun aku agak teruja untuk mendapatkan telefon baru. Tetapi aku masih sayangkan telefon Nokiah aku biarpun keypadnya dah tertanggal satu. Sadis tak?

Inflasi butang pada telefon aku tu berjaya mengurangkan jumlah sms kerana mengikut unjuran perbelanjaan setiap bulan, sering berlaku defisit.

Ini ditambah dengan kegagalan Celcom yang sering mengecewakan aku. Drop calls are way too often. Terima kasih Celcom.

Ok back to the stoley.

Tersalah dail nombor telefon?

Mesti seronok kalau yang tersalah dail itu bersuara comel, manis dan sebagai lelaki yang normal dan siuman, berimaginasi adalah sesuatu yang tidak menyebabkan anda kena tangkap.

"Mesti hot orang ni."

Tetapi kalau aku quote apa orang cakap, tolong jangan marah. Aku pasti ada yang pernah bercakap:

"Jangan terperdaya bro. Kalau suara sedap mesti tak lawa."

Betul ke?

Itu lelaki cakap.

Kalau pompuan? Cakap apa?

"Jangan terperdaya nok, mesti kepala botak, perut boroi, mulut bau busuk."

Ya, wanita biasanya akan lebih detail dari lelaki. Hahah, ok aku tipu. Sama jek, dua kali lima, lima kali enam, enam kali tujuh.

Ohh, lupa. Ehem, bukan lelaki sahaja yang mulut busuk ok. Pompuan pun sama. Kalau aku terjumpa dengan wanita mulut busuk, aku akan kata:

"Ai dah lama tak nampak diaorang buat gotong royong bersihkan longkang kat sini kan, dah naik berbau dah." Ketika itu, aku akan bergerak setapak dua, bagi memberi signal.

Atau, kalau ada fishermen fren, aku akan hulur dengan segera. Tapi betullah, kalau pakai pati minyak wangi sekalipun, kalau mulut bau longkang, memang seharusnya kena standby asam jawa, takut kembang tekak.

Nasib baik blog ni pakai taip kan. Hahahah. Hahahah.. kalau idak.. hahaha.. hygiene ok. Hahahah..

Berbalik kepada cerita salah dail. Semalam aku tersalah dail satu nombor.

"Assalamualaikum, boleh cakap dengan Hafiz?"

"Hafiz, tak ada, dia outstation."

Bukan ke baru setengah jam tadi aku nampak mamat ni. Ni mesti nak memain dengan aku. Maka aku pun buat buatlah macam percaya.

"Ohh takperlah camtu. Terima kasih."

Instead of disconnecting the call, aku gatal telinga, saje jek tak letak dulu. Dan aku dengar:

Suara wanita: "Kenapa awak tak cakap salah nombor, nanti dia call balik."

Suara lelaki: Giggling.

Prapp.. celaka. Hahaha. Terkena aku. Aku memang salah nombor. Hahah.

Tapi kan, aku paling tak pasrah kalau orang salah nombor pastu terus letak. Rasa macam nak lukuk jek kepala orang yang call tu.

Apa salahnya cakap sorry. Macam berdosa besar pulak kalau cakap sorry.

Dan paling pantang ialah yang salah nombor tu olang Milayu. Alangkan bangsa lain pun boleh cakap aiyah soli ahh boss, long namber.

Pernah sekali tu dulu, ada awekss salah nombor, dan tanya mamat mana ntah kat handphone aku.

Wanita dengan suara ala ala seksi gitu: ".. boleh saya bercakap dengan aduka (bukan nama sebenar sebab aku dah lupa dah apa nama dia mintak tu.)

Aku: "Cik, awak salah nombor ni. Tak ada nama tu."

Wanita: "Awak siapa?

Aku: Saya A Galak. (dan aku terus ketawa), dia pun ketawa. Jujurnya, aku tidak pernah terlintas untuk menjadikan nama ikon itu sebagai bahan ketawa. Tetapi aku tak tahu kenapa kami ketawa. Mungkin jodoh kot. Lols lols lols.

Tetapi tak mungkin aku beritahu nama aku sebab bukan aku yang gatal salah nombor. (ehem, walaupun adalah sikit cita cita tu kan.. berbisik dalam hati.. ini kalau hot macam lisa surahani ni.. fuhhh.. jual ladang getah ni..)

Dan pengalaman itu tak seklasik yang aku lalui ini:

"Assalamualaikum. Boleh tolong hantar ambulance tak?"

Hahaha.. patut ker?

Dan panggilan serupa bertanyakan ambulance berlaku beberapa kali sehinggalah pada satu ketika tu, aku tanya, kenapa orang dok call cari ambulance - kata orang tu - sebab akak yang pakai nombor ni dulu sediakan khidmat ambulance untuk orang tua. Boleh ker kalau aku dapat panggilan serupa selepas ini, aku nyatakan ambulance semua dah keluar? Toksahlah, nanti betul betul emergency kan. Zalim pulak.

Dan lebih zalim bila aku mintak celcom clarify, sekor pun takleh nak explain hingga dapat memuaskan hati aku. Ya, lelaki memang tak pernah puas. Hahaha. Apa pulak, pompuan pun sama apa. Sama, memang sama. Lebih teruk lagi. Ngada ngadalah nak jawab pulak.

Akhirnya, kalau salah nombor tu, cakaplah sorry ya. Kan dah nak raya ni.

Aku dengar tiket bas, keretapi banyak abis. Dan dengar kata, banyak kejadian lembu dan kerbau melarikan diri bawak luggage.



DADDY SAYS THE DARNDEST THINGS - HERE.

This is JUST a blog and MY blog and please don't be too obsessed about it. That fact means nothing and remains that way as long as I am here. It is not a peer-reviewed journal, a final archive of my writing, a sponsored publication, or the product of gatekeeping and editing. It does not represent anyone, my past, present and future employer(s), supplier, debt collector, ah long, kuda haram, scratch and win, credit card companies, friends, and foes and my neighbour. And oh, if you feel offended or disturbed by this blog, please press Alt F4 button NOW.